Perancangan Persaraan Bermaruah

When you have silver in your hair, you should have gold in your pocket.

Terlebih dahulu harus diingat bahawa bersara bermaksud sudah sampai umur untuk menamatkan pekerjaan. Bersara bukan bermaksud menamatkan kehidupan. Ketua Pegawai Pemasaran Prudential, Thomas Wong pernah menyatakan 72% rakyat Malaysia yang bekerja melakukan simpanan persaraan. Dari jumlah itu, 41% daripadanya tidak mempunyai pelan yang mantap dalam menyediakan tabungan persaraan. Ramai individu yang membuat simpanan untuk persaraan hanya menggunakan medium simpanan yang memberi pulangan rendah seperti menyimpan di dalam akaun simpanan dan fixed deposit.

Pekerja di Malaysia sangat bertuah kerana had umur persaraan sudah dinaikkan dari umur 55 tahun ke 60 tahun bersesuaian dengan purata jangka hayat rakyat Malaysia iaitu 73 tahun. Kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunai (WHO), sehingga Mei 2011 menunjukkan Malaysia merupakan negara di tangga ke-11 tertinggi dari segi purata jangka hayat. Untuk menyemak jangka hayat anda, sila klik sini.


Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Great Eastern, Loke Kah Meng, 99.9% rakyat Malaysia mengeluarkan wang KWSP secara sekaligus atau lump-sum apabila mencapai umur 55 tahun dan 70% daripada mereka ‘melicinkan’ wang KWSP tersebut hanya dalam tempoh 3 tahun.


Jika kita mahukan kehidupan yang mempuyai kebebasan kewangan apabila tiba umur persaraan, pelan simpanan persaraan perlu dirancang sewaktu kita masih muda dan sihat. Bagi yang bekerja secara makan gaji, ianya agak lewat sekiranya perancangan persaraan dilakukan ketika hampir bersara. Pelan Persaraan Bermaruah merupakan salah satu cara terbaik untuk memastikan kita menikmati gaya hidup yang diidamkan setelah bersara.

Terdapat beberapa perkara penting perlu diberi perhatian ketika membuat perancangan kewangan untuk persaraan. Selain dari perbelanjaan bulanan sendiri, perkara penting yang perlu diambil kira ialah perbelanjaan perubatan, perbelanjaan untuk pendidikan anak-anak, bayaran pinjaman dan perbelanjaan untuk mengkahwinkan anak-anak. Dan perkara yang paling penting untuk diambil kira khusus kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar ialah segala jenis perbelanjaan di waktu umur persaraan nanti semestinya akan meningkat dengan peratusan yang boleh menyebabkan golongan berpendapatan sederhana hidup merempat.

Contoh paling mudah, harga 5 biji kuih karipap di bazar Ramadhan yang sama pada 10 tahun lepas tidak sama dgn harga 5 biji kuih karipap pada hari ini. Inflasi merupakan musuh utama wang fiat iaitu wang kertas yang kita guna sekarang..

Semasa proses merancang wang untuk persaraan, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dikenalpasti.

  1. Baki purata jangka hayat selepas persaraan. (purata jangka hayat – 60 tahun)
  2. Kos sara hidup selepas persaraan. (ambil kira kadar inflasi)
  3. Kos sara hidup tanggungan (jika ada).
  4. Dana kecemasan perubatan yang semakin meningkat.
  5. Perbelanjaan lain termasuk kecemasan.
  6. Sumber pendapatan lain.
  7. Tujuan hidup di dunia.
  8. Gaya hidup yang kita mahukan. Mengharapkan bantuan? Bermaruah? atau Mewah?

Selepas mengenalpasti barulah pelan persaraan dapat di rancang dengan lebih tepat sesuai dengan keperluan persaraan. Menempuhi usia persaraan tidak sama dengan menikmati usia persaraan

Great Eastern Takaful can provide dignity upon your retirement.


Tags:

No comments yet.

Leave a Reply